Wednesday, February 20, 2019

JEJAK SCANDINAVIA...NORWAY DAN SWEDEN

Assalamualaikum...

Dah lama tak berblog ni...tetiba bila travel kali ni rasa nak letak semua info dalam blog...sebab apa???sebab negara yang telah dijejaki ini masih tak ramai yang berpeluang untuk pergi...

Alhamdulillah berkat ketekunan menyimpan duit dan dapat tiket murah..dapat menjejak kaki ke bumi scandinavia  iaitu Norway dan Sweden...terima kasih buat travelbuddy yang bersungguh2 menjayakan...aku cuma mengikut untuk menemaninya...

trip kami ke negara scandinavia bermula 13 Nov hingga 28 Nov 2018 selama 15 hari...mula2 member bgtau yg dia teringin nak p Norway...sbb Norway adalah antara negara yang cantik dan paling mahal...hurm mmg paling mahal la antara negara yang pernah aku pergi...kenapa pergi pada time winter sbb teringin nak tgk northern light dan nak main salji...pada waktu tu jgk tengah stress dgn tempat kerja...so bila member open ja kata nk pergi aku terus kata 'ON"...sbb hati dh malas nak kerja kat sini...

Bermulalah pemburuan tiket flight...semua airlines kami tgk...ikut plan akan pergi ke Krabi dgn AA dulu...lps tu akan ambik flight Norwegian Air ke Norway...kos lbh kurang 2K++ jgk la kalau tak salah...tapi alhamdulillah nasib menyebelahi kami kerana British Airways ada buat promo untuk return ticket KL-London-Oslo, Arlanda-London-KL...harga tiket 2.5K...

Tiket pun dah selamat dibeli pada bulan september...dan mulalah merangka itinerary dan persiapan lain...masa yang ada 2 bulan sahaja untuk booking accomodation dan transport....semua sekali diselasaikan oleh member aku...aku cuma selesaikan benda2 kecik saja...

Pada 13 Nov 2018 petang aku bertolak dari Alor Setar dgn AA... flight ke Oslo pukul 11.55 mlm...so save la cuti sehari...jumpa member dekat KLIA...tepat pkl 11.55 mlm kami pun meninggalkan bumi Malaysia menuju ke London...flight direct ke London...lbh kurang 14 jam dalam flight...sampai di Heathrow Airport, London dlm pukul 5.35 pagi...terus ke connecting gate nak naik filght pkl 7.25 pagi ke Oslo...kat Heathrow Airport ni punyala strict masa lalu pintu keselamatan...semua cecair kena bwk keluar dan letak dlm plastik lutsinar..nsb plastik tu disediakan...nsb baik aku beg lepas...tapi beg member tak lepas so kena tunggu la untuk pegawai tu check satu2....alhamdulillah beg member pun lepas tanpa kena apa2...

Kami pun berlepas dari London ke Oslo...cantik permandangan waktu pagi....

Permandangan dari London ke Norway
Lebih kurang pkl 10.00 pagi kami selamat tiba di Lapangan Terbang Oslo, Norway...nak melalui imigresen kena sediakan maklumat terperinci mengenai itinerary kita...berapa hari kat norway... tinggal kat mna...nak senang print semua maklumat tempat tinggal, tiket-tiket perjalanan yang kita dh book...semua dia akan tgk...alhamdulillah time tu orang tak ramai...so semuanya berjalan dengan lancar...lepas keluar ambil luggage terus bersiap nk cari train ke bandar Oslo.




Continue....